Selasa, 31 Desember 2013

 
Adakah ini satu perkara yang anda sebagai anak muda patut buat pada seorang nenek tua? Seorang lelaki yang bernama Alex Ong yang begitu marah dengan tindakan seorang nenek yang berusia 76 tahun kerana lambat menekan loceng. Selepas memarahi nenek tersebut, Alex tak tahan dengan jawapan dari nenek tersebut dan kemudian menolaknya keluar bas di sekitar Upper Thomson Road. Alex kemudian langsung tak mendengar teguran orang lain di dalam bas dan terus melepaskan geram di dalam bas tersebut. Dia kemudian muat naik satu Note ke Facebook untuk menerangkan perkara tersebut tetapi orang ramai tetap rasa dia yang salah. Apa komen korang selepas tengok video dan baca Notes tersebut?
p/s: admin rasa apa-apa pun tetap Alex yang bersalah. Bukannya nenek tu boleh tekan loceng dengan cepat kerana mungkin kadang-kadang dia mungkin terlepas atas faktor umur.

 

Senin, 30 Desember 2013

Ia diberikan pelbagai gelaran termasuklah, minuman daripada segala minuman dan ubat daripada segala ubat. Apakah rahsia di sebalik cairan kental yang diperoleh daripada lebah ini?


MADU mengandungi pelbagai kandungan mineral dan vitamin yang baik untuk kesihatan.






PERUBATAN herba dan alternatif kini menjadi kaedah rawatan dan penyembuhan yang semakin dapat diterima dalam dunia moden. Dengan pelbagai kajian saintifik tentang manfaat sesuatu herba atau sumber tradisional, ia menambahkan lagi keyakinan orang ramai tentang penggunaannya.

Madu lebah adalah antara sumber alternatif yang mempunyai seribu satu khasiat istimewa. Malah ia diberikan pelbagai gelaran termasuklah, minuman daripada segala minuman dan ubat daripada segala ubat.
Hakikatnya, madu mempunyai sejarah yang panjang bersama evolusi kehidupan manusia. Sekiranya diimbas sejarah silam dan asal-usul madu lebah, ia telah dikenali sejak zaman Firaun yang memerintah Mesir 300 tahun Sebelum Masihi.
Kemasyhuran khasiat madu lebah turut tersebar luas sehinggalah ke zaman tamadun Parsi, Greek dan juga Rom.
Malah, sejarah Islam sendiri ada menceritakan kegunaan madu lebah dalam perubatan amatlah masyhur. Ini bertepatan dengan firman Allah dalam ayat 68 hingga 69 surah an-Nahl bahawa madu itu adalah syifa (penawar) kepada manusia.
Rasulullah juga ada berpesan agar seseorang itu berubat dengan madu dan al-Quran. Baginda bersabda: Ambillah atau pergunakanlah olehmu sekalian akan dua ubat penyembuh iaitu madu dan al-Quran. (Hadis riwayat Ibnu Majah)
Dalam dunia moden hari ini pelbagai kajian dan konvensyen terbaru diadakan untuk meneliti secara lebih mendalam mengenai khasiat di sebalik cairan kental manis yang dihasilkan lebah ini.
Menurut Dr. Susan Percival dari Jabatan Nutrisi Manusia dan Sains Makanan, Universiti Florida, Amerika Syarikat (AS), madu lebah mengandungi pelbagai kandungan mineral dan vitamin seperti B6, tiamina, miacin, ribotlorina dan asid pontohenic.
Ia juga mengandungi zat-zat seperti kalsium, zat besi, kuprum, magnesium, manganese, fosforus, potasium, sodium dan zink.
Madu turut mengandungi vitamin B1, B2, C, B6 dan B3. Komposisinya berubah-ubah sesuai dengan kualiti madu bunga dan serbuk sari yang diperoleh lebah.
Madu berperanan sebagai antioksida dalam badan manusia yang mampu menghapuskan bahan-bahan radikal yang menjadi penyebab utama kepada penyakit-penyakit kronik.
Kajian terkini membuktikan, kandungan madu lebah yang terdiri daripada bahan semula jadi pelbagai gula seperti glukos dan fruktos ini mampu meningkatkan stamina, jelas Dr. Susan lagi.
Dalam satu kajian lain, pakar mikrobiologi Amerika, Richard F. Stier mendapati, komposisi unik kandungan madu lebah juga boleh menjadi agen antimikrob untuk merawat kulit yang cedera akibat kebakaran atau luka. Ia juga mampu mengelakkan jangkitan berpunca daripada bakteria.
Fakta ilmiah ini turut diakui para ilmuwan yang bersidang pada Persidangan Apikultur Sedunia (World Apiculture Conference) pada 20 hingga 26 September 1993 di China.
Pada persidangan tersebut dibincangkan perubatan dengan menggunakan ramuan yang berasal daripada madu. Para ilmuwan Amerika mengatakan bahwa madu, jeli raja, serbuk sari dan propolis dapat mengubati pelbagai penyakit.
Sementara seorang doktor yang berasal dari Rumania mengatakan, beliau cuba menggunakan madu untuk mengubati pesakit katarak, hasilnya, 2,002 daripada 2,094 pesakitnya sembuh sama sekali.
Berikut adalah manfaat lain madu :
* Membersih dan membuang segala kotoran yang ada dalam darah.
* Boleh mengendurkan urat-urat yang tegang, tekanan dan kemurungan.
* Boleh menghentikan kesakitan sendi.
* Baik untuk sistem pernafasan.
* Perut dapat menyerap madu dengan mudah dan segera tanpa diproses di dalamnya lebih dahulu.
* Boleh membunuh kuman dan virus dalam darah.
* Membaik-pulih dalaman wanita dan memelihara kesihatan kaum lelaki ataupun menambah keharmonian rumah tangga.
* Berupaya menghilangkan gatal-gatal pada kulit serta merta dan menghilangkan parut luka dengan segera.
* Menjana pertumbuhan otak.
* Mencantik, menghalus, melembab dan mengawal keanjalan kulit.
* Digunakan sebagai ubat sakit perut.
* Menghilangkan kahak.
* Memutih dan menguatkan gigi.
SOURCE LINK


Salah satu wilayah yang cukup tua di Jakarta. Ada dua pendapat mengenai asal mula nama Tanah Abang. Pertama, dihubungkan dengan penyerangan Kota Batavia oleh pasukan Mataram pada tahun 1628. Serangan dilancarkan ke arah kota melalui daerah selatan, yaitu Tanah Abang. Tempat tersebut digunakan sebagai pangkalan karena kondisinya yang berupa tanah bukit dengan daerah rawa-rawa dan ada Kali Krukut di sekitarnya. Karena tanahnya yang merah, maka mereka menyebutnya "tanah abang" yang dalam bahasa Jawa berarti merah.

Kedua, adanya pendapat yang mengartikan Tanah Abang dari kata "abang dan adik", yaitu dua orang bersaudara kakak dan adik. Karena adiknya tidak mempunyai rumah, ia minta kepada abangnya untuk mendirikan rumah. Tanah yang ditempati disebut tanah abang. Nama Tanah Abang mulai dikenal ketika seorang kapten Cina bernama Phoa Bhingam minta izin kepada Pemerintah Belanda untuk membuat sebuah terusan pada tahun 1648. Penggalian terusan dimulai dari arah selatan sampai dekat hutan kemudian dipecah menjadi dua bagian, daerah timur sampai ke Kali Ciliwung dan ke arah Barat sampai Kali Krukut. Terusan ini bernama Molenvliet dan berfungsi sebagai sarana transportasi untuk mengangkut hasil bumi dengan menggunakan perahu ke arah selatan sampai dekat hutan. Adanya Molenvliet memperlancar hubungan dan perkembangan daerah kota ke selatan. Bahkan jalan-jalan yang berada di sebelah kiri dan kanan terusan itu merupakan urat nadi yang menghubungkan Lapangan Banteng, Merdeka, Tanah Abang, dan Jakarta Kota.

Daerah selatan kemudian muncul menjadi daerah perkebunan yang diusahakan oleh tuan tanah orang Belanda dan Cina. Jenis perkebunan yang diusahakan antara lain kebun kacang (minyak kacang merupakan bahan komoditi yang laris), kebun jahe, kebun melati, kebun sirih, dan lainnya yang kemudian menjadi nama wilayah sampai sekarang. Karena melimpahnya hasil-hasil perkebunan di daerah tersebut mendorong Justinus Vinek untuk mengajukan permohonan mendirikan sebuah pasar di daerah Tanah Abang dan Senen.

Setelah mendapat izin dari Gubernur Jenderal Abraham Patras pada tanggal 30 Agustus 1735, Vinck membangun dua pasar, yaitu Pasar Tanah Abang dan Pasar Senen. Peranan Kali Krukut pun makin penting sebagai tempat berlabuhnya perahu yang memuat barang-barang yang akan djual ke Pasar Tanah Abang. Selain digunakan sebagai sarana transportasi, Kali Krukut juga digunakan untuk keperluan sehari-sehari penduduk. Untuk menjaga kebersihan dan mencegah banjir, Pemerintah Belanda membuat pintu airpada tahun 1917. Di bawah kekuasaan penjajah penduduk Tanah Abang juga tidak tinggal diam. Pernah terjadi pertempuran antara pasukan Belanda dengan penduduk daerah Tanah Abang di Kampung Karet dekat kuburan. Waktu itu Belanda mencoba menduduki kantor cabang polisi supaya Tanah Abang terputus hubungannya dengan daerah-daerah lain.

Wilayah Tanah Abang meliputi Kelurahan Kampung Bali, Kebon Kacang, dan Kebon Melati. Tetapi yang menjadi inti Kampung Tanah Abang adalah di sekeliling Pasar Tanah Abang. Asal mula nama Kampung Bali berawal dari banyaknya orang Bali yang tinggal di sana.

Pada waktu itu pemerintah Belanda memberikan pangkat kapten kepada kepala kelompok suku-suku bangsa yang ada di Batavia. Sehingga muncul nama Kampung Bali, Kampung Bugis, Kampung Melayu, Kampung Ambon, Kampung Cina, dll. Bahkan menjelang akhir abad ke-19 banyak orang Arab yang menghuni wilayah ini. Di tahun 1920 jumlahnya mencapai 13.000 jiwa. Untuk memenuhi kesukaan orang-orang Arab makan daging kambing, Pasar Tanah Abang pun makin ramai melayani keperluan kambing. Ada juga suatu daerah yang disebut Kombongan. Dulu tempat ini dipakai kusir saldo dan delman untuk beristirahat sambil memberi makan kudanya. Makanan kuda itu diletakkan di sebuat tempat yang disebut kombongan, yaitu alat (wadah) yang bentuknya bulat, terbuat dari batu dan semen. Tidak jauh dari pangkalan-pangkalan saldo dan delman, terbentang perkebunan pohon jati yang luas. Penduduk di sekitarnya menyebut daerah itu Jatibaru. Nama Kebun Dalam berasal dari sebuah kebun milik tuan tanah Cina, Tan Hu Teng yang agak menjorok ke dalam. Nama Tanah Rendah, karena tanahnya agak rendah dan letaknya berdekatan dengan Kali Krukut.


sumber

Minggu, 29 Desember 2013

Saya Tak Akan Buka Aib Sesiapa, Tapi Kalau Bercakap Maknanya Saya Hukum Seseorang - Adi Putra | Umum tahu bahawa nama Adi Putra kini sedang hangat diperkatakan berkenaan isu skandalnya dengan isteri seorang ahli perniagaan mula tersebar beberapa minggu lalu.
Saya Tak Akan Buka Aib Sesiapa, Tapi Kalau Bercakap Maknanya Saya Hukum Seseorang

Berikutan itu, pelbagai spekulasi dan kontroversi melanda pelakon itu. Lebih-lebih lagi apabila suami kepada wanita berkenaan telah tampil membuat kenyataan di media mengatakan yang Adi menggoda isterinya.

Walaupun begitu, baik Adi mahupun isterinya, Aida Yusof masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan kerana tidak mahu mengganggu siasatan polis.

Sekarang ini, polis masih menyiasat kes tersebut dan saya tidak akan memberikan sebarang penjelasan sehingga pihak polis selesai menjalankan siasatan.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Amal Golf Teduhan Kasih bersama anak-anak yatim dari Rumah Ar-Rayyan, Johor Bharu di Pulai Springs Resort, di sini semalam.

Dalam masa yang sama, Adi menafikan bahawa dirinya mengelak daripada ditemui dan dihubungi media sebaliknya lebih selesa berdiam diri kerana menghormati undang-undang.

Saya bukan mahu melarikan diri tetapi lebih selesa berdiam kerana tidak mahu ganggu kerja-kerja siasatan, bila sudah reda, saya bersedia untuk memberikan sebarang penjelasan lanjut.
Katanya, dia tidak akan sesekali membuka aib orang dan lebih baik berdiam daripada mengeluarkan sebarang kenyataan ketika ini.
Saya tidak akan buka aib sesiapa dan kalau saya bercakap itu bermaksud saya hukum orang.
Namun di sebalik ketenangannya, Adi akui tertekan dengan kontroversi yang melanda namun bersyukur kerana isteri dan keluarganya sentiasa ada memberikan sokongan.

Sementara itu, Aida berkata, mereka tidak akan mengganggu kerja-kerja siasatan dan akan memberikan kenyataan selepas semuanya selesai.

Kami sudah memberi kerjasama kepada pihak polis tetapi masih belum ada sebarang keputusan, apabila semuanya sudah selesai, kami akan menjelaskan secara terperinci.

Setakat ini belum ada kepastian mengenai siapa yang benar atau salah, namun sama-samalah kita menunggu kenyataan yang bakal keluar dari mulut Adi sendiri sebaik sahaja dia bersedia nanti. sumber


Sabtu, 28 Desember 2013



Tahukah anda bahawa muntah ikan Paus sangat mahal? Itulah yang ditemui oleh seorang budak lelaki yang tinggal di Bournemouth, Britania Raya. Budak yang beruntung ini adalah Charlie Naysmith 8 tahun. 

Ketika dia sedang berjalan-jalan di tepi pantai Hengistbury Head, dia ternampak sebuah bongkahan agak besar yang menyerupai batu. Bentuknya yang tidak rata dan berwarna kuning keemasan membuat Charlie berfikir ini adalah jenis batu yang biasa ditemui di tepi pantai.


Akan tetapi, orangtuanya tidak cepat mengambil keputusan begitu saja, mereka justru meneliti bongkahan unik tersebut. Ternyata, itu bukanlah batu melainkan muntah ikan Paus Sperma yang sudah mengeras kerana sudah lama terkena paparan sinar matahari dan zat garam dari air laut.

Faktanya, muntahan Paus Sperma ini banyak dicari oleh pembuat perfum kerana kandungan kimia di dalamnya mampu membuat aroma perfum bertahan lebih lama.
Harga 500 gr kotoran/limbah paus bisa mencapai 10.000 dollar Amerika Sedangkan, untuk ukuran bongkahan muntah paus yang ditemukan Charlie, harganya boleh mencapai 63.000 dollar Amerika . 

Dengan jumlah yang sangat besar itu, Charlie bisa menjadi jutawan cilik mendadak, hanya kerana kebetulan menemui muntahan ikan paus sperma tersebut.

via

Jumat, 27 Desember 2013


Budak 2 Tahun Bawa Jentolak
Budak 2 Tahun Bawa Jentolak - BALING : Mengendalikan jentolak memang perkara biasa, tetapi amat mustahil sekiranya ia dikendalikan seorang kanak-kanak yang baru berusia dua tahun.
Namun, dengan kuasa ALLAH Ahmad Adam Haziq, 2, boleh mengendalikan jentolak itu sejak dua minggu lalu kerana sering mengikuti ayahnya ke tapak kuari pasir di Sungai Ketil Becah Sawa.
Ayahnya, Amran Ahmad, 43, dari Kampung Becah Sawa berkata, anak kedua keduanya itu boleh menghidupkan jentolak, menggerakkan malah mengorek pasir seperti biasa.
Kelebihan Adam disedari setelah dia menangis hanya kerana ingin mengendalikan jentolak tersebut.
Amran berkata, pada mulanya dia tidak membenarkannya kerana tidak mempercayai anaknya itu mampu mengendalikan jentolak itu.
“Dia (Adam) terus menangis, dan mendesak mahu mengendalikan jentolak itu, jadi saya membenarkannya dengan pemantauan saya.
“Saya betul-betul terkejut kerana Adam memang boleh mengendalikan jentolak itu dengan baik seperti mereka yang telah berpengalaman,” katanya kepada Sinar Harian.
Ditanya bagaimana anaknya itu mampu mengendalikan jentera berat itu, Amran berkata, anaknya itu sering berada di kawasan kuari itu selain turut diajar oleh salah seorang pekerjanya.
“Pekerja saya sering mengajarnya, saya pun tidak pernah ajar Adam bawa jentolak ini. Disebabkan itu, saya terkejut setelah melihat kemahirannya itu,” katanya.
Menurutnya, Adam seorang yang cenderung kepada aktiviti menukang malah pernah meleraikan beberapa komponen motosikalnya.
“Adam pantang tengak kayu, kalau ada, pasti dia nak paku. Memang itu hobinya. Tetapi, saya sama sekali tidak menyangka dia mampu bawa jentolak.
“Kini, setiap hari saya perlu membawa Adam ke sini agar dia dapat mengendalikan jentolak ini. Sekiranya tidak, dia akan menangis,” katanya.
Amran berkata, walaupun Adam mampu mengawal jentera itu dengan baik, dia tetap mengawasi anaknya itu agar tidak berlaku sebarang kejadian tidak dingini.
“Di sini kawasan sungai, sebarang kejadian boleh berlaku. Adam hanya mengendalikan jentolak ini sekiranya ada pemantauan dari saya mahupun pekerja lain di sini,” katanya. – Sinar Harian

Kamis, 26 Desember 2013

10 Kampus Ilmu Komputer Terbaik di Dunia


1. Massachusetts Institute of Technology (MIT) - AS

MIT memang termasuk universitas kelas dunia di bidang teknologi dan terbaik sejagat di sektor Ilmu Komputer saat ini. Universitas ini didirikan pada tahun 1861 dan telah menghasilkan banyak alumnus terkenal dan sekitar 20 pemenang Nobel.
1
Massachusetts Insitute of Technology

2. Stanford University - AS

Satu lagi universitas yang berbasis di Amerika Serikat dinilai punya jurusan Ilmu Komputer terbaik sejagat. Selain terkenal karena risetnya, Stanford University juga mentereng di bidang olahraga di mana atlet dari kampus ini telah memenangkan 115 medali emas olimpiade.

Seperti kebanyakan universitas bergengsi, jumlah pemenang Nobel dari Stanford University terhitung lumayan banyak. Yaitu 17 orang.
1
Stanford University

3. Carnegie Mellon University - AS

Universitas ini didirikan pada tahun 1900 oleh tokoh bernama Andrew Carnegie. Reputasinya terus menanjak dan kini termasuk perguruan tinggi elit di Amerika Serikat.

Universitas ini juga cukup terkenal di dunia. Mahasiswanya tercatat berasal dari sekitar 93 negara.
1
Carnegie Mellon University

4. University of California, Berkeley - AS
Universitas ini telah menghasilkan 7 pemenang Nobel dan banyak lagi penghargaan bergengsi lainnya. Mahasiswanya berasal dari sekitar seratus negara, membuat suasana kampus penuh dengan keberagaman.

Didirikan pada tahun 1868, University of California, Berkeley juga terkenal menghasilkan begitu banyak atlet berkualitas. Sekitar 100 atlet dari universitas ini meraih medali di Olimpiade.
1
University of Calyfornia

5. Harvard University - AS

Didirikan pada tahun 1636, Harvard University adalah perguruan tinggi tertua di Amerika Serikat. Reputasi dan kualitasnya tidak diragukan lagi dan sering menempati peringkat paling atas universitas palng bagus di dunia.

Beberapa presiden AS menempuh pendidikan di Harvard University. Termasuk Theodore Roosevelt, John F Kennedy dan Barack Obama, presiden AS saat ini.
1
Harvard University

6. University of Oxford - Inggris

University of Oxford adalah perguruan tinggi paling tua di Inggris dan mungkin juga di dunia. Cikal bakal universitas ini terlacak sudah ada pada tahun 1096.

Reputasi University of Oxford pun tidak main-main dan namanya selalu masuk dalam deretan paling atas kampus dengan kualitas terbaik sejagat. Mahasiswanya berasal dari seluruh dunia.
1
University of Oxford

7. University of Cambridge - Inggris

Salah satu alumnus paling terkenal dari universitas ini adalah Isaac Newton, ilmuwan yang mengungkap gaya gravitasi bumi. Bersama Oxford University, University of Cambridge memang termasuk perguruan tinggi terhebat di Inggris Raya.

Didirikan pada tahun 1209, University of Cambridge juga termasuk yang tertua di dunia. Tidak tanggung-tanggung, akademisi di universitas ini meraih sekitar 80 penghargaan Nobel sepanjang sejarahnya.
1
University of Cmabridge

8. ETH Zurich (Swiss Federal Institute of Technology) - Swiss

Perguruan tinggi ini termasuk yang paling bergengsi di Eropa daratan. Bahkan secara keseluruhan, ETH Zurich seringnangkring di posisi pertama universitas terbaik di Eropa daratan.

Sebanyak 21 alumnusnya meraih penghargaan Nobel. Salah satu ilmuwan paling berpengaruh di dunia, Albert Einstein pernah pula berkiprah di sini. Universitas ini didirikan pada tahun 1854.
1
Swiss Federal Institute of Technology

9. National University of Singapore - Singapura

Salah satu universitas dengan jurusan ilmu komputer terbaik ternyata tidak jauh-jauh letaknya dari negara ini. Yaitu National University of Singapore yang menduduki posisi ke 9.

Universitas ini memang termasuk yang terbesar dan terbaik di negara tetangga itu. Secara konsisten, National University of Singapore selalu masuk deretan atas perguruan tinggi paling berkualitas di dunia.
1
National University of Singapore

10. Princeton University - AS


Princeton University termasuk universitas paling bergengsi di Amerika Serikat. Universitas ini didirikan pada tahun 1783 yang menjadikannya nomor 4 tertua di Negeri Paman Sam. Sedangkan jumlah mahasiswanya sekitar 7.000 orang.

Sekitar 35 alumnus universitas ini meraih penghargaan Nobel. Dari data ini saja, sudah menggambarkan bagaimana kehebatan kualitas pendidikan di sini, termasuk tentunya di jurusan Ilmu Komputer.



1
Princenton University
Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!