Tampilkan postingan dengan label umno. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label umno. Tampilkan semua postingan

Selasa, 11 Maret 2014


AMPANG – Ketua Pemuda UMNO Kepong, Datuk Norizan Ali, 41, kini dilaporkan kritikal akibat ditikam di perutnya di luar rumahnya di Taman Dagang, di sini, kira-kira 4 pagi tadi.
Parah Ditikam
Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin, berkata kejadian berlaku ketika mangsa baru balik daripada menonton perlawanan bola sepak bersama rakan di gerai mamak.
“Kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa meletakkan keretanya kira-kira 20 meter dari rumah dua tingkat di Jalan Dagang 2/4, Taman Dagang apabila dua lelaki dipercayai warga asing mendekatinya.
“Kami tidak pasti masa ada pergelutan berlaku ketika itu tapi suspek kemudian lari meinggalkan mangsa yang cedera,” katanya.
Barangan milik Norizan juga tidak dilaporkan hilang. – Berita Harian Online

Selasa, 04 Maret 2014


Teka teki siapakah Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, berakhir hari ini dengan keputusan memihak kepada Khairul Azwan Harun.

Sebelum ini, Khairul Azwan terikat di kedudukan seri 73 undi bersama seorang lagi calon, Jamawi Jaafar. Bagaimanapun terdapat tiga kawasan yang mencetuskan pertikaian kedua-dua pihak iaitu Sabak Bernam, Gelang Patah dan Bachok ketika pemilihan sayap, 12 Oktober lalu.

Justeru, Pengerusi Jawatankuasa pemilihan UMNO, Tan Sri Tajol Rosli mengumumkan bahawa keputusan hanya akan ditentukan selepas undian semula dibuat di ketiga-tiga kawasan tersebut.

Pengundian dijalankan mengikut sistem ‘electoral college’ di mana bilangan undi terbanyak yang diperoleh seseorang calon dari sesebuah bahagian dikira sebagai hanya satu undi.

Ternyata setelah undian dijalankan di Sabak Bernam dan Gelang Patah, kemenangan menyebelahi Khairul Azwan yang juga Ketua Pemuda UMNO Perak.

Pergerakan Pemuda kedua bahagian tersebut memberikan undi kepada Khairul Azwan  … Tahniah!  - REM RAMZI
Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!