Tampilkan postingan dengan label artis. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label artis. Tampilkan semua postingan

Kamis, 27 Februari 2014






Isu murtad biasa perkatakan di negara kita dan dipandang berat oleh sesetengah masyarakat. Tetapi berbeza sedikit di Indonesia dimana mereka berhak memilih agama untuk mereka anuti.
Di sini kami ingin kongsikan beberapa artis Indonesia yang menukar agamanya kerana cinta:-

CHRISTIAN SUGIONO
Christian Sugiono merupakan penganut agama Kristian manakala teman wanitanya, Titi Kamal pula dibesarkan dalam keluarga yang beragama Islam. Mereka telah bercinta selama sembilan tahun sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin di Australia pada 6 Februari 2009. Christian dikatakan telah memeluk Islam sebelum berkahwin dengan Titi. Perkara tersebut telah disahkan oleh ketua Rukun Tetangga di Jati Rahayu, Pondok Gede, Bekasi dimana dia menjadi saksi ketika Christian mengucap kalimah syahadah.

ANGELINE SONDAKH
Juara Puteri Indonesia 2001 ini dibesarkan di dalam keluarga penganut Kristian. Namun sejak bercinta dengan Adjie Massaid, Angelina telah mengambil keputusan untuk memilih Adjie sebagai teman hidupnya. Pada 29 April 2009, Angelina atau namanya panggilannya Angie dan Adjie telah selamat diijabkabulkan dan telah memeluk Islam. Setelah Adjie meninggal dunia, Angie dikatakan akan berkahwin dengan seorang pegawai Suruhanjaya Cegah Rasuah, namun sehingga kini khabar angin tersebut masih belum terjawab.

NAFA URBACH
 

Artis kelahiran Jerman ini pernah berkahwin dengan bintang sinetron Zack Lee, pada 16 Februari 2007 di Gereja Immanuel, Jakarta. Namun sebelum dia bercinta dengan Zack Lee, Nafa pernah bercinta dengan seorang bintang sinetron, Primus Yustisio yang kini merupakan suami kepada pelakon Jihan Fahira. Ketika sedang hangat bercinta dengan Primus, Nafa telah memeluk agama Islam kerana kekasihnya. Nafa kemudiannya mengejutkan dunia hiburan Indonesia apabila hubungannya dengan Primus kandas di tengah jalan, dan Nafa telah murtad dan kembali menganut agamanya sebelum ini, Kristian.

HAPPY SALMA

Happy Salma dikatakan turut menukar agama apabila dia didakwa telah menganut agama Hindu kerana mahu berkahwin dengan kekasih hatinya, Tjokorda Bagus Dwi Santana Kerthyasa. Menurut dakwaan yang tersebar luas, Happy Salma dikatakan telah menjalani upacara menukar agama Hindu, yang dipanggil Sudhi Wadani sebagai pengesahan atau janji seseorang itu secara tulus dan ikhlas menganut agama Hindu. Happy dan Tjokorda secara rasminya telah berkahwin pada Oktober 2010.

LULU TOBING

Bintang sinetron Lulu Tobing juga tidak ketinggalan menjadi ‘korban’ cinta yang mengatasi segalanya. Lulu  merupakan isteri kepada Danny Bimo Hendro Utomo Rukmana. Keputusan yang dibuat Lulu untuk memeluk agama Islam telah menyebabkan keadaanya ayahnya, Basaruli Tobing yang sakit menjadi lebih buruk mendapat khabar anaknya telah memeluk agama Islam.

via

Selasa, 04 Februari 2014

VIDEO: Peminat Fanatik Lempar Bra Kepada Artis K-Pop Tersohor Korea, Super Junior


Peminat K-Pop mana yang tak kenal dengan Super Junior?
Dianggotai 10 jejaka bergaya, kumpulan ini telah mencetus fenomena serta mencipta populariti yang mengagumkan di Korea.
Mereka muncul di persada muzik dengan pakej yang cukup menarik dengan pengawalan vokal bertenaga.
Ditubuhkan pada 2005, sehingga kini kumpulan yang dinamakan Super Junior ini telah pun mengtinjauankan tak kurang dari 19 buah album termasuk pelbagai koleksi album runut bunyi.
Apa yang membanggakan, dikalangan anggota ada yang bukan sahaja mampu bergabung sebagai penyanyi menerusi Super Junior malah berkecimpung dalam dunia lakonan, pengacaraan serta pemuzik.
Super Junior pernah menerima pelbagai anugerah utama antarabangsa seperti di MTV Asia Awards 2008 selaku Artis Pilihan Korea dan Anugerah Muzik Hiburan CCTV 2008 dengan meraih anugerah Album Terbaik serta Kumpulan Paling Popular.
Dalam konsert SUPER JUNIOR WORLD TOUR SUPER SHOW 4 IN PARIS di LeZenith de Paris pada tarikh 6 April lalu, salah seorang peminatnya mempunyai hadiah khas untuk mereka.
Dia telah membaling branya ke atas pentas.
Salah seorang ahli kumpulan tersebut, memegang bra tersebut sebelum seorang lagi rakannya, Donghae meletakkan bra itu di atas kepalanya.
Nak kata apa lagikan…

Rabu, 01 Januari 2014

Artis Baru


Ishhh…, murah hati betul artis kita sekarang ni kann… Senang-senang je buat ‘wayang free’ untuk peminat tanpa sebarang rasa bersalah..
Gua terfikir jugak.., kalau dorang tak dedah sana sini.., tak popular ke hah? Saja je kan dorang tu nak bagi jantan-jantan kabaret di luar sana tu berdarah hidung.. Tak baik betul perangai dorang kannn…
Baru-baru ini, penyanyi lagu hatiku milikmu, Nera AF9 telah tampil dalam sebuah Majalah Bandwidth. Majalah ini sebenarnya mengumpulkan koleksi kisah dan gambar gadis-gadis cantik dari Sabah.
Nera atau nama sebenarnya Queennera Francine Francis Kitingon yang menghiasi muka depan majalah berkenaan kelihatan begitu cantik dan menawan..
Walau macam manapun.., mungkin akibat terlampau teruja, beliau berposing sehingga menampakkan lurah miliknya..
Lurah

Senin, 16 Desember 2013









1. Terdapat 3 management / agensi pengurusan besar di Korea iaitu JYP Entertainment, YG Entertainment, dan SM Entertainment.

 
2. Di Korea, menjadi artis bukanlah perkara yang mudah. Terdapat 2 perkara paling utama yang menentukan layak atau tidaknya seseorang itu untuk menjadi artis; iaitu SKILL dan PENAMPILAN. Tetapi, yang paling penting tentulah skill paling utama kerana bagi mereka penampilan boleh diubah dari semasa ke semasa.
 


3. Para bakal artis biasanya dilatih bernyanyi, dance, vocal, lakonan, juga keserasian sesama rakan dan sesi latihan itu bukan sebulan dua, tetapi bertahun-tahun, bahkan ada yang sehingga 5 tahun lebih - sebelum akhirnya didebutkan menjadi penyanyi. Tentu saja sebelum menjadi trainee (bakal artis), mereka harus melewati 3 tahap audition.

 
4. Umur bakal artis yang dicari biasanya di antara 12-17 tahun dengan waktu trainee yang panjang, tetapi sesuai dengan hasilnya.

 
5. Untuk para trainer semua keperluan ditanggung oleh pihak pengurusan, tetapi bila trainer tersebut sudah debut (diperkenalkan menjadi artis) biasanya sistem pembahagian hasilnya kurang adil, lebih banyak ke pihak pengurusan, di mana perkiraannya adalah untuk mendapatkan semula kos tanggungan ketika mereka masih menjadi trainee.

 
6. Penyanyi korea yang masih muda-muda disebut IDOL disana

 
7. Idol Korea DILARANG bercinta oleh pihak pengurusan mereka kerana akan sangat membahayakan karier mereka. Sekiranya usia mereka sudah lebih dari 30 tahun, baru dibenarkan bercinta, itupun untuk pengurusan tertentu sahaja.

 
8. Group-group yang baru debut disebut rookie group dan biasanya tidak terlalu diberi perhatian oleh orang Korea di sana

 
9. Rookie grup biasa debut di acara music popular di korea, seperti MNet Countdown, Inkigayo, Music Bank, dan Music Core

 
10. Sekiranya sesuatu group/artis memenangi 3 award dari acara music yang popular tersebut, mereka disebut Triple Crown

 
11. Artis wajib mengikuti schedule yang sudah dibuat pihak pengurusan selama 24 jam seminggu. Disebabkan itu mereka harus tinggal di dorm / asrama khas.

 
12. Dikatakan wajah-wajah melayu susah untuk debut di korea kerana orang Korea kurang suka muka Melayu (erk!)

 
13. Menjadi penyanyi adalah harapan hampir 80% orang tua di Korea, kerana kejayaannya pasti luar biasa.

 
14. Peminat/fans di Korea adalah sangat fanatik. Mereka rela menghabiskan wang untuk membeli CD, poster, dan barang-barang lainnya yang berhubungan dengan idol mereka

 
15. CD/Calendar/ dan merchandise KPOP lainnya adalah barang yang paling laris di Korea. Produk-produk seperti kosmetik, baju, dan lain-lain hanyalah produk sampingan.

 
16. Kebanyakan Korean fans cuma mempunyai 1 fandom / fanbase / fansclub, dan tidak lebih. Paling banyak 2-3, mereka konsisten. Kalau dari awal suka dengan satu group, sehingga bilapun tidak akan berubah, tetapi tetap ada pengecualian. Contohnya fandom awal mereka ELF (fans Super Junior), sehingga bilapun mereka ELF.. Kalau suka Shinee juga misalnya, mereka tidak akan menyebut diri mereka Shawol. Paling kurang sekadar suka mereka cuma nyebut diri mereka Shinees fans atau SNSDs fans bukan fandom! fandom mereka cuma satu.

 
17. Disebabkan kesetiaan mereka itu, walaupun ada artis dihadapan mereka, mereka tidak akan peduli kalau itu bukan artis idola mereka. Begitu juga dengan K-Drama, mereka dikatakan cuma mahu menonton sekiranya watak pelakon itu datang daripada salah satu kpop grup kegemaran mereka. 
 

18. Penjualan album KPOP juga pasti melonjak kalau ada comeback. Biasanya 1 orang fans akan membeli lebih dari 5 CD KPOP yang sama. Alasannya? Kerana penjualan album kpop itu yang menentukan kedudukan kpop idol kegemaran mereka di carta seperti dosirak, soribada, dll. 
 

19. Di korea, tidak hanya anak muda yang suka k-pop, bahkan dari kalangan ahjumma / ibu-ibu.

 
20. Orang Korea sangat cinta dengan budaya mereka, dan artis-artis mereka dalam kesempatan yang ada diwajibkan mempromosikan apa sahaja tentang Korea, mulai dari makanan, tempat pelancongan, dll. 
 

21. Auditon di SM Entertainment menuntut Skill dan Fizikal. Sedangkan di JYP Entertainment selain 2 hal tersebut, nilai komersial juga ikut menentukan. 
 

22. Di korea terdapat pelbagai macam acara tv yang kreatif, dan disitu para artis di sana diminta menunjukkan kebolehannya (contoh acara tv korea: We Got Married, Strong Heart, Running Man, Invisible Youth, Star Golden Bell, dll)

23. Persaingan para idol di korea sangat kuat, disebabkan itu mereka sering berlumba di sana-sini agar tidak kalah saingan. Tidak kurang juga terdapat artis yang membunuh diri kerana tidak mampu bersaing dengan artis-artis lainnya.
 

24. SM, JYP, dan YG termasuk syarikat yang berpengaruh di Korea, kerana artis di bawah pengurusan mereka biasanya selalu berjaya, dan lonjakan saham mereka juga sedikit sebanyaknya mempengaruhi ekonomi korea.

 
25. Terdapat beberapa management yang mewajibkan artisnya tinggal di dorm/asrama kerana padatnya jadual mereka, kalau memang datang dari daerah jauh, mereka harus pindah ke seoul

 
26. Korean fans suka memberi hadiah bintang untuk artisnya kerana menurut mereka bintang itu abadi dan akan selalu diingat.

 
27. Korean fans tidak peduli idolnya melakukan pembedahan plastik atau tidak, menurut mereka yang penting bagaimana idolnya sekarang bukan dahulu!

 
28. YG Entertainment tidak peduli penampilan seseorang, yang terpenting skill bukan sekadar bagus namun harus luar biasa dan rajin. (Contoh : CL dan Minzy)

 
29. Perbandingan artis yang debut dan artis yang gagal disaat bersamaan adalah 1:10. Maksudnya jika hari ini ada 1 artis yang debut, bererti dis aat yang sama ada 10 artis yang gagal atau dikeluarkan dari pengurusannya.

 
30. Korean fans tidak ragu untuk mendermakan wang mereka dalam jumlah besar buat fandom mereka, maka fandom di sana kaya-kaya.

 
31. Fans korea adalah fans yang sangat posesif. Mereka paling tidak suka lihat artis idola mereka berdampingan / bahkan bercinta sama artis lain. Jika hal itu terjadi maka populariti artis dan pasangannya (yang juga artis) akan turun drastik. Selain itu mereka tidak akan berdiam diri, biasanya mereka akan menyerang artis mana saja yang berani mendekati artis idola mereka, tidak jarang mereka juga bergaduh secara fizikal. 


sumber: terselubung.blogspot
Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!